








BALING, 6 September 2025 – Program MADANI Rakyat 2025 Kedah turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Inisiatif ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan rawatan asas serta menjalani pemeriksaan kesihatan dalam suasana yang mesra, selesa dan mudah diakses.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan tekanan darah, ujian paras gula dalam darah, khidmat nasihat pemakanan sihat, serta sesi konsultasi bersama pegawai perubatan bertauliah. Usaha ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah turut mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan sejak peringkat awal.
Program MADANI Rakyat 2025 Kedah masih berbaki sehari lagi. Orang ramai diseru agar tidak melepaskan peluang untuk hadir dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma ini. Hadir bersama keluarga dan rebutlah manfaat yang disediakan khas demi kesejahteraan bersama.
Foto oleh: Nurul Intan Syafina binti Mohamad (UKK JPM)
βπΉπππππ π·πππππππ, π΅πππππ π¨πππ, π΄πππ π«ππππ π»πππππππβ
ProgramMADANIRakyat2025
PMR2025Kedah
JabatanPerdanaMenteri
RancakkanMADANI
MalaysiaMADANI
MADANIBekerja
TaatSetia
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
