Fahmi tinjau perkhidmatan SARA di pasar raya, hadir Program Kupi-Kupi di Tawau

Oleh: Sholina Osman
7 SEPT. 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang dalam lawatan dua hari ke Sabah turut meninjau perkhidmatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Gemilang Supermarket Semarak, Tawau.

Beliau berkata pengurus pasar raya memaklumkan transaksi penghargaan SARA pada hari kelapan hari ini (7 September) masih berjalan lancar.

“Kerajaan MADANI akan terus memantau barangan keperluan asas bagi memastikan stok mencukupi, selain menjamin kestabilan sistem yang digunakan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Dalam pada itu, Fahmi juga hadir pada Program Kupi-Kupi bersama penduduk Kampung Sungai Imam, Tawau.

“Banyak perkongsian berhubung isu semasa. Terima kasih bah jamu kami makanan kampung yang sedap!,” ujar beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *