







Wartawan JM
8 SEPT. 2025
Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) menganjurkan Taklimat Khas Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Studio Sound Stage FINAS, Hulu Kelang hari ini.
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, diikuti taklimat khas oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Kenyataan media FINAS memaklumkan bahawa RUU Pekerja Gig 2025 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 28 Ogos 2025, dan menjadi undang-undang pertama di Malaysia yang memberikan pengiktirafan kepada pekerja gig.
DALAM PELBAGAI SEKTOR
“Dianggarkan Malaysia mempunyai 1.12 juta pekerja gig dalam pelbagai sektor, termasuk sektor kreatif yang merangkumi pelakon, kru produksi, penulis skrip, jurukamera, jurusolek, animator, penyunting video dan wartawan bebas,” kata beliau.
RUU ini mengandungi empat teras utama iaitu Definisi, Pendapatan, Mekanisme Penyelesaian Pertikaian dan Perlindungan sosial.
RUU ini akan memberikan kesan positif iaitu bagi Melindungi Hak Pekerja Gig; Kewajipan Entiti Kontrak;
Mengawal selia terma dan syarat Perjanjian Perkhidmatan; Mekanisme Penyelesaian Pertikaian; Penubuhan Majlis Perundingan Tribunal Pekerja Gig; Melindungi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Gig; dan
Perlindungan Keselamatan Sosial
Sesi.
RUANG KEPADA PENGGIAT
Sesi ini juga akan memberikan ruang kepada penggiat seni, pekerja industri kreatif, serta wakil persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada KESUMA mengenai pelaksanaan RUU berkenaan.
RUU Pekerja Gig 2025 akan menjadi pemangkin kepada ekosistem kerja yang lebih profesional, adil dan mampan, sekali gus memastikan tiada lagi pekerja gig termasuk karyawan seni yang terpinggir daripada perlindungan sosial.
Turut hadir pada majlis berkenaan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Presiden-presiden Persatuan
Perfileman Malaysia dan penggiat industri. – JM
