
Wartawan JM
8 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.
Beliau berkata perbualan juga turut menyentuh isu keselamatan serantau, pembangunan ekonomi, dan keperluan memperkukuh perpaduan serta kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.
“Kami turut berbincang terkait perkembangan konflik Thailand-Kemboja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan sebagai komitmen berterusan terhadap keamanan dan kestabilan serantau,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
