PMX hubungi Perdana Menteri Thailand ucap tahniah dengan jawatan baharu disandang

Wartawan JM
8 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu pada petang tadi.

Beliau juga menzahirkan kegembiraan kerana Anutin merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama sewaktu susah dan senang.

“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

“PM Anutin juga memaklumkan upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu, dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *