PMX lawat sebuah pasar raya di Baling, Kedah tinjau pelaksanaan SARA

Wartawan JM
8 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Raya Ekonomi Rakyat dan meninjau pelaksanaan Program Outreach Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 semasa berkunjung ke Baling, Kedah.

Beliau ingin melihat secara dekat bagaimana pelaksanaan SARA ini mampu memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

“Saya bertegur sapa dan mendengar sendiri pandangan para pembeli serta pengunjung yang memanfaatkan bantuan RM100 SARA bagi mendapatkan barangan keperluan harian terutamanya dalam menangani cabaran kos sara hidup,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di FB.

SARA TIDAK TERHAD

Sewaktu ditemui pihak media, beliau menjelaskan bahawa penebusan SARA tidak terhad di pasar raya besar sahaja, malah turut boleh digunakan di kedai runcit dan pasar raya luar bandar, termasuk premis yang menjual produk keluaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.

“Ini bukti komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kebajikan rakyat disantuni secara menyeluruh, tanpa mengira latar dan lokasi,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *