PMX terima Anugerah Tokoh Kewangan Islam Global 2025

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam Global 2025 pada majlis Global Islamic Finance Leadership Awards (GIFA) 2025 di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menyifatkan anugerah ini sebagai satu penghargaan buat semua yang bekerja tanpa jemu, percaya dan berusaha menjulang sistem kewangan Islam berlandaskan Maqasid Syariah.

“Daripada komitmen mereka, Malaysia kini berdiri megah sebagai peneraju global dalam mengangkat keilmuan, keadilan dan kesejahteraan sejagat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar yang merasmikan majlis berkenaan turut ditemankan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

TERUS KE HADAPAN

Beliau berkata kewangan Islam mesti terus ke hadapan dengan memimpin, bukan sekadar mengikut Sukuk Hijau, platform digital, zakat dan wakaf.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata semuanya wajar digembleng demi masa depan yang lestari dan inklusif.

“Kejayaan bukan hanya pada angka, tetapi pada kehidupan yang berubah,” kata beliau lagi.

Jelas beliau kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem ini dengan pelaburan dalam bakat, memperkemas regulasi dan memacu inovasi.

“Paling penting, kita mesti lahirkan pemimpin beretika yang akan memikul amanah ini dengan iltizam, demi kemajuan berteraskan keadilan dan perikemanusiaan,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *