PMX hadir Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2025

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching.

Turut bersama ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan pimpinan Persekutuan dan Negeri.

Beliau berkata, mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan status kemajuan terkini berhubung pelaksanaan persetujuan di bawah MA63.

“Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, hal ehwal pelancongan, kuasa dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, serta pemberian kuasa berhubung pengurusan alam sekitar,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di FB.

MEMBUKA RUANG PERBINCANGAN

Beliau berkata kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan secara harmoni, tertib dan penuh saling hormat bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

“Dalam semangat MADANI, kita bukan sahaja bertekad menyelesaikan isu-isu berbangkit, malah merealisasikan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang telah lama menanti,” katanya.

Jas beliau kerajaan MADANI hari ini adalah kerajaan yang paling giat dan paling banyak menyelesaikan perkara-perkara berhubung MA63, hasil kesungguhan, muafakat dan komitmen bersama semua pihak.

“Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah atas kerjasama erat, keikhlasan serta semangat persaudaraan yang sentiasa menjadi sandaran dalam kita menzahirkan Perjanjian Malaysia 1963 secara adil dan bermakna,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *