PMX hadir Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 2025

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 2025 bersama warga pengakap dari pelbagai lapisan masyarakat.di Tanjung Leman, Mersing, Johor.

Anwar telah dimaklumkan bahawa institusi pengakap ini masih dan akan kekal relevan apabila dipimpin dengan nilai yang kekal sepanjang masa seperti kemahiran, disiplin, perpaduan yang disaluti dengan nilai kemanusiaan sejagat pada sesi ‘Temu Anwar X Pengakap’.

“Saya juga menekankan bahawa nilai manusiawi itu juga, kini perlu bergerak seiring dengan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) bagi mencorak masa depan generasi pelapis yang bakal memimpin negara dengan bijaksana satu hari nanti,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata akibat kesibukan mengejar daya cipta, transformasi digital dan perubahan dunia, kita jangan alpa akan kepentingan nilai manusiawi hingga mencetus kebencian dan perbalahan kaum serta agama yang telah dipertahankan selama ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *