





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg hadir menyaksikan pelancaran X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion di Samajaya High-Tech Park hari ini.
Beliau berkata dengan komitmen pelaburan berjumlah RM3 bilion ini bukan sekadar meningkatkan kapasiti pengeluaran, tetapi mengangkat Sarawak sebagai peneraju baharu dalam industri semikonduktor dan teknologi front-end fabrication.
“Kejayaan ini menjadi bukti nyata keyakinan dunia terhadap Malaysia, khususnya Sarawak yang bukan sahaja muncul sebagai hab tenaga hijau rantau ini tetapi kini turut menonjol sebagai hab semikonduktor ASEAN,” kata beliau dalam hantaran di FB.
MEMPERKUKUH KERJASAMA
RAPAT
Beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama rapat antara industri dan universiti bagi melahirkan tenaga kerja berdisiplin, berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi cabaran era automasi dan kecerdasan buatan (AI).
“Dengan kestabilan politik, dasar yang jelas serta sokongan padu Kerajaan Persekutuan, saya yakin Sarawak akan menjadi contoh unggul bagi negara sedang membangun dan turut menjadi sebahagian daripada penentu arah masa depan ekonomi global,” kata beliau. – JM
