PERARAKAN BOT BERHIAS SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI BUKIT GANTANG

Bukit Gantang Lebih 135 bot nelayan pelbagai saiz menceriakan perairan Sungai Kerang hari ini menerusi Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias 2025 Parlimen Bukit Gantang di Jeti Sungai Kerang bersempena sambutan Hari Malaysia.

Pelepasan bot nelayan itu disempurnakan Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kira-kira 9 pagi tadi.

Acara tahunan kali keempat itu berlangsung di perairan Sungai Kerang, Kelubong dan Bagan Panchor dengan setiap bot dihias indah menggunakan Jalur Gemilang serta bendera Perak, sebelum berarak sejauh kira-kira 10 kilometer.

Para peserta turut dinilai dalam pertandingan bot berhias yang dibahagikan kepada kategori bot kecil dan besar, dengan aspek kreativiti, kekemasan serta tarikan hiasan menjadi kriteria utama penilaian.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata penganjuran program yang kini dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan daerah memperlihatkan komitmen komuniti nelayan terhadap semangat patriotisme serta perpaduan.

📸 Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA

BernamaNews #BernamaImages #botberhias #HariMalaysia #HKHM2025

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *