CIMA sumbang zakat peniagaan 2024 berjumlah RM500,000 kepada MAIPs

Oleh: Sholina Osman
16 SEPT. 2025

Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) yang merupakan Ahli Kumpulan UEM menyalurkan sumbangan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 2024 berjumlah RM500,000.

Pengarah Urusan CIMA, Hairol Azizi Tajuddin mempersembahkan simbolik cek cura kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs dalam satu program yang berlangsung di Masjid Al-Istiqamah Teluk Jambu, Bintong, baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan puteri sulung baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

SESI TAZKIRAH RINGKAS

Turut diadakan ialah sesi tazkirah ringkas yang dikongsikan oleh penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Sempena majlis tersebut, baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM105,000 kepada seramai 150 orang penerima, terpilih yang terdiri daripada 75 asnaf anak kariah Teluk Jambu dan 75 asnaf anak kariah Batu Pahat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *