Hubungan akrab Malaysia- Vietnam jadi pemangkin perkukuh rantau ASEAN – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 SEPT. 2025

Hubungan akrab antara Malaysia dan Republik Sosialis Vietnam akan sentiasa menjadi antara pemangkin dalam memperkukuh rantau ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Pengerusi Dewan Negara Vietnam Tran Thanh Man mengesahkan tekad kedua-dua negara tetangga untuk terus memperdalam kerjasama di sektor dagang, pelaburan, tenaga, serta sektor halal yang semakin mendapat rentak di peringkat global.

“Kami sepakat menekankan kepentingan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata Malaysia mengiktiraf peranan Vietnam melalui AIPA sejak tahun 1995 sebagai detik penting integrasi Parlimen di rantau ini.

PERTUKARAN AMALAN TERBAIK

Tambah beliau melalui pertukaran amalan terbaik dalam perundangan, tadbir urus, dan reformasi, kita berjaya memperkuat asas-asas demokratik serta memperluas ufuk kerjasama.

“Kami juga satu suara dalam mendukung penyertaan Timor-Leste ke dalam keluarga majmuk ASEAN,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata usaha ini melambangkan kesatuan rantau kita, yang bukan sahaja berpaksi pada kepentingan ekonomi, malah turut mencakup idealisme, solidariti, dan semangat kebersamaan di rantau Asia Tenggara. – FB

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *