42,000 pelajar sekolah rendah, menengah nikmati tuisyen digital percuma melalui NADI

Wartawan JM
20 SEPT. 2025

Seramai 42,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah menikmati manfaat tuisyen digital percuma melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sejak September tahun lalu.

Inisiatif Digital Learning & e-Kelas ini membuka peluang kepada pelajar khususnya daripada kumpulan B40 untuk mendapat akses kelas tambahan berkualiti secara percuma.

“Dengan 1,099 pusat NADI dilengkapi internet stabil, pendidikan kini lebih inklusif dari bandar hingga ke pulau terpencil,” kata MCMC dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *