
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim
berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.
“Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” kata beliau dalam hantaran di FB.
Beliau berkata Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian. – JM
