PMX, delegasi mesyuarat dua hala dengan PM Timor-Leste, barisan kabinet

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan delegasi Malaysia telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão serta barisan kabinet beliau.

Pertemuan ini dimanfaatkan untuk meneroka kerjasama baharu dalam bidang pertahanan, komunikasi dan pendidikan, demi memperkukuh hubungan erat Malaysia–Timor-Leste serta menyumbang kepada kekuatan dan perpaduan ASEAN.

“Kami kemudian menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) perniagaan melibatkan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Banco Central de Timor-Leste (BCTL), serta antara Asian Institute of Insurance (AII) dan BCTL dimana ia merangkumi kerjasama dalam sektor kewangan, penambahbaikan dalam pendidikan dan latihan insurans,” tambah beliau lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *