PMX bersama Presiden, PM Timor-Leste lancar projek Pusat Konvensyen

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão telah merasmikan pelancaran projek Pusat Konvensyen di Pelabuhan Dili.

Ia merupakan satu pencapaian bersejarah dan simbol komitmen Timor-Leste untuk terus mara ke arah keanggotaan ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengiktiraf serta menghargai usaha berterusan Timor-Leste dalam melaksanakan pelan tindakan keanggotaan ASEAN.

“Inisiatif ini bukan sahaja melambangkan kemajuan pembangunan negara tersebut, malah membuka ruang kerjasama ekonomi yang lebih luas antara Malaysia dan Timor-Leste, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan, kestabilan serta masa depan yang lebih makmur bagi rantau ASEAN secara keseluruhannya,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *