PMX terima anugerah sivil tertinggi “Grand Collar of the Order of Timor-Leste”

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah sivil tertinggi Timor Leste, ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ daripada Presiden Dr José Ramos-Horta.

Anugerah ini sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan serta komitmen saya dan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala dan serantau.

“Saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia dan ia juga sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MENEKANKAN KEPERLUAN NEGARA

Sebelum itu, dalam ucaptama siri Presidential Lecture, Anwar menekankan keperluan negara anggota memperkukuh kesepaduan dan kepusatan ASEAN bagi menghadapi persaingan geopolitik serta cabaran serantau yang kian kompleks.

Sepanjang hampir enam dekad, beliau berkata ASEAN telah melalui pelbagai pasang surut, namun pengajaran yang diperoleh, membuktikan kesepaduan dan kepusatan tidak boleh dipandang ringan.

“Kesepaduan ASEAN mesti dipertahankan secara berterusan kerana perpecahan hanya akan melemahkan usaha bersama membina rantau yang aman dan makmur,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *