Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis lancar Promosi Makanan Perlis di Medan, Indonesia

Laporan oleh Sholina Osman dari Medan, Indonesia

Kurma Perlis yang menjadi menu utama dalam Promosi Makanan Perlis kali ini dilancarkan di Medan, Indonesia.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja
Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan melancarkan Promosi Makanan Perlis ini di sebuah hotel di sini.

Ia bersempena penganjuran International Conference on Holistic Opportunities for Poverty Empowerment (ICOHOPE) oleh Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) di Medan, Indonesia.

Masakan Kurma Perlis ini disediakan oleh Mizza’s Kitchen Gial, Perlis.

Menu ini nanti akan disediakan sebagai pilihan untuk pelanggan di Cafe Pejuang Universitas Deztron Indonesia (UDI).

Ia diwakili oleh Rektor UDI Prof. Adjung Dr. Marniati S.E. M Kes dan Ketua Yayasan Ubudiyah Indonesia Bapak Dedi Zefrizal, S.T.

Pada majlis ini juga Dr. Marniati dan Bapak Dedi Zefrizal diberikan peluang menikmati keenakan Kurma Perlis yang boleh disediakan dengan menggunakan daging atau ayam.

Sudah menjadi kelaziman Raja Muda bahawa setiap kali Baginda berada di luar negara akan melancarkan Promosi Makanan Perlis – Kurma Perlis sebagai usaha menarik perhatian pelancong ke negeri ini sempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2026. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *