





Wartawan JM
27 SEPT. 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Persidangan Penyiaran 5G anjuran MCMC di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Persidangan sehari ini menghimpunkan lebih 400 peserta dari pelbagai sektor industri dan agensi berkepentingan.
“Acara ini merupakan kesinambungan Kajian Teknologi Penyiaran Masa Hadapan oleh MCMC sejak 2023, yang menekankan potensi teknologi Penyiaran 5G dalam memperkasa siaran TV, radio dan penstriman digital, di samping membuka peluang kepada model perkhidmatan baharu yang lebih mampan,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.
Persidangan turut disokong rakan teknologi termasuk Rohde & Schwarz Malaysia, Xiaomi, Qualcomm, Harmonic, Spacelabs Technology dan Cedar Broadcast & Communications dengan demonstrasi langsung, serta sesi pakar tempatan dan antarabangsa.
Malaysia kini berada di barisan hadapan ASEAN dalam menerajui teknologi 5G Broadcast, sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI membentuk ekosistem penyiaran digital yang mampan dan futuristik.
Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin serta Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali. – JM
