Trump iktiraf kejayaan Malaysia pemudah cara perjanjian gencatan senjata Kemboja-Thailand – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 SEPT. 2025

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja-Thailand sebagai pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan Malaysia dan keteguhan ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar juga turut menyampaikan penghargaan kepada beliau (Trumph) atas peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai.

“Saya tegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau, khususnya terkait isu Kemboja–Thailand,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MENERUSI PANGGILAN TELEFON

Sebelum itu Anwar berbual dengan Presiden Donald Trump menerusi penggilan telefon.

Perbualan telefon ini berlangsung ketika beliau menerima kunjungan hormat Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan.

“Malaysia menantikan kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan, yang akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *