Konsul Jeneral Malaysia di Medan rai delegasi ICOHOPE 2025

Wartawan JM
29 SEPT 2025

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, Shahril Nizam Abdul Malek meraikan delegasi dari Perlis sempena Persidangan Antabangsa Peluang Transformatif Untuk Pemerkasaan Golongan Miskin (ICOHOPE) 2025.

Delegasi diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menghadiri majlis makan malam di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Kecamatan Medan Polonia, Kota Medan.

Majlis dihadiri 30 delegasi termasuk Pengerusi FCOEE, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, Jawatankuasa ICOHOPE 2025 serta petugas media. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *