PMX bersama pasukan giat hubungi saluran diplomatik segera bebaskan sukarelawan Malaysia

Wartawan JM
2 OKT 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pasukan negara sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera.

“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” kata beliau.

MENGAMBIL SEGALA LANGKAH

Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban rejim zionis, khususnya apabila warganegara kita terlibat.

Beliau berkata keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.

“Kerajaan akan memastikan ahli keluarga para aktivis dan sukarelawan Malaysia terus dimaklumkan setiap maklumat dan perkembangan proses pembebasan,”. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *