
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan permintaan secara langsung kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan, agar semua aktivis Malaysia dibawa keluar dengan segera menerusi pertolongan Türkiye.
“Alhamdulillah, beliau selaku sahabat baik dan pemimpin besar dunia Islam telah memberikan persetujuan serta komitmen penuh untuk membantu,” tegas Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau menegaskan Malaysia sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan keselamatan aktivis kita yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dapat dibawa keluar dengan selamat.
BAGI MEMASTIKAN TEKANAN
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata Kerajaan turut berhubung rapat dengan Qatar dan Amerika Syarikat, bagi memastikan tekanan kolektif antarabangsa dapat dihimpunkan demi pembebasan segera aktivis kita.
“Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan kita demi menjamin keselamatan dan maruah warganegara, selain menzahirkan solidariti bersama perjuangan kemanusiaan rakyat Palestin,” tambah beliau. – JM
