Satu himpunan khas rai kepulangan 23 wira, wirawati GSF – PMX

Wartawan JM
5 OKT. 2025

Satu himpunan khas akan diadakan bagi meraikan kepulangan 23 wira dan wirawati Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bukan sahaja sebagai penghargaan terhadap mereka malah untuk menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza.

“Insya-Allah, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur kelak,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau sempat berinteraksi dengan para aktivis Malaysia di Istanbul bagi bertanya khabar sebaik dibebaskan dari tahanan rejim Zionis.

DALAM KEADAAN BAIK

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik dan semangat mereka masih kental,” kata beliau.

Beliau menyifatkan 23 wira dan wirawati GSF Malaysia adalah lambang keberanian rakyat negara ini yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan.

“Saya menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi,” kata beliau lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *