PMX sambut PM Pakistan lawat Malaysia tiga hari

Wartawan JM
6 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut kehadiran Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, yang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

“Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi saya ke Pakistan pada Oktober 2024, dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata pelbagai agenda telah diatur dalam lawatan ini bagi meneroka potensi kerjasama baharu antaranya bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.

“Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, Insya-Allah,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *