

Wartawan JM
8 OKT. 2025
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober 2025 untuk membincangkan tarikh-tarikh penting dan perkara-perkara lain berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17.
Setiausahanya Datuk Khairul Shahril Idrus berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya pada 7 Oktober 2025 berhubung pembubaran Dewan Undangan Sabah (DUN) Ke-16.
“Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah – “suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut”,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini. – JM
