


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2026 kepada rakan-rakan media tengah hari tadi.
“Saya maklumkan, Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan tetapi ia adalah cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Justeru, beliau tegaskan, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.
“Insya-Allah, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan MADANI Keempat pada Jumaat ini, dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif,” tambah beliau. – JM
