PMX tuntut segera bebaskan aktivis, sukarelawan Malaysia pada misi kemanusiaan FFC, TMTG

Wartawan JM
Foto Astro Awani
8 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Jelas beliau tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.

DIBERIKAN PERLINDUNGAN SEWAJARNYA

“Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan,” tambah beliau

Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *