MRR: PMX sembah maklum Sidang Kemuncak ASEAN, Belanjawan, kehadiran Trump

Wartawan JM
Foto Royal Press Office (RPO)
8 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 di Istana Negara, pagi semalam.

“Saya telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini selain persiapan Belanjawan 2026,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau turut menyembah maklum kepada MRR mengenai kehadiran Presiden Donald Trump dan pendirian Malaysia berkenaan cadangan Pelan Damai Gaza.

MRR ke-270 akan dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *