Kerajaan umum Belanjawan 2026 kumpul sumber negara RM470 bilion

Oleh: Sholina Osman
10 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), Badan Berkanun Persekutuan dan
Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) melalui perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu.

Beliau berkata ia meliputi
RM338.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan; RM81 bilion
belanja pembangunan (DE) Persekutuan; RM30 bilion pelaburan GLIC; RM10 bilion pelaburan awam-swasta; dan RM10.8 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD.

“Mengangkat tema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat-setelah berani mengusung reformasi, kini masa memulangkan hasil kepada rakyat,” kata beliau semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen hari ini.

BELANJAWAN MADANI KEEMPAT

Belanjawan 2026 adalah Belanjawan MADANI keempat dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-
13 (2026-2030).

“Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal:
daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024);
dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026
akan menurun lagi kepada 3.5 peratus,” kata beliau.

Jelas beliau penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion (2022); RM92 bilion (2023);
RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini.

DEFISIT FISKAL 3 PERATUS

Dengan disiplin berterusan, katanya defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana.

“Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh pertama tahun
2025 mencatat pertumbuhan memberangsangkan iaitu pada 4.4
peratus,” kata beliau.

Beliau berkata kedatipun diasak perang tarif Amerika Syarikat, unjuran
semula KDNK 2025 antara 4.0 hingga 4.8 peratus membuktikan
ekonomi kita kekal berdaya tahan.

“Bagi tahun 2026, ekonomi kita diunjur berkembang lebih
rendah antara 4.0 hingga 4.5 peratus. Ini susulan ketidaktentuan
ekonomi dunia dan sengketa geopolitik, geoekonomi yang
berterusan,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *