




10 Oktober 2025
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Pameran Defence Services Asia (DSA) 2026 telah dipengerusikan bersama oleh Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Panglima Angkatan Tentera, dan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Mesyuarat ini merupakan platform utama bagi membincangkan hala tuju, strategi pelaksanaan dan persiapan awal penganjuran DSA 2026, yang merupakan antara pameran pertahanan dan keselamatan terbesar di rantau Asia.
Penganjuran DSA 2026 adalah medan penting memperkukuh hubungan industri pertahanan antara Malaysia dan rakan antarabangsa sekali gus menjadi platform stategik untuk memperkembangkan industri tempatan melalui kolaborasi kepakaran, penerokaan penyelidikan dan pembangunan (R&D)serta perkongsian inovasi terkini.
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil kanan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, agensi penguatkuasaan serta penganjur DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd.
