




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dan berdialog bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas, (UTP), di Seri Iskandar, Perak.
Program bersempena syarahan awam bertajuk “Universiti sebagai Aset Strategik: Merencana Masa Depan Malaysia melalui Bakat, Teknologi dan Transformasi” itu memberi peluang kepada mahasiswa UTP berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan negara.
Sesi dialog tersebut menjadi wadah penting bagi membincangkan isu masa depan pekerjaan, cabaran teknologi baharu serta keperluan membina tenaga kerja yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, tetapi juga beretika, inovatif dan berdaya tahan.
RAKAN KONGSI PENTING
Ia turut mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap generasi muda sebagai rakan kongsi penting dalam menerajui transformasi nasional seiring dengan gagasan Malaysia Madani.
“Saya turut merasmikan panel solar bumbung tunggal terbesar di Malaysia di UTP, hasil kerjasama dengan Gentari, sebagai simbol komitmen terhadap agenda tenaga hijau dan kelestarian negara,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
