PMX perinci busana yang menjadi perhatian rakyat semasa bentang Belanjawan 2026

Oleh: Sholina Osman
11 OKT. 2025

Pastinya ramai tertanya-tanya apabila tiba masa membentangkan Belanjawan 2026, apa yang dibawa dan dipakai oleh Perdana Menteri, akan menjadi perhatian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di FB, memuat naik keterangan busana yang lengkap yang dikenakan beliau bermula daripada songkok sehinggalah kepada capal.

Beliau yang berbaju biru muda semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat menjelaskan Beg Belanjawan 2026 yang dibawa itu dihasilkan oleh perusahaan sosial “Hearts Treasures & Tanoti”.

Ia menggunakan bahan kitar semula sarung tangan nitril dan fabrik terbuang.

“Beg ini hasil kerja tangan Anthony Liew You Chung, seorang anak muda Orang Kurang Upaya (OKU),” kata Anwar.

KELUARAN PENJARA MARANG

“Samping yang saya pakai hari ini adalah hasil keluaran Penjara Marang,” kata beliau.

Jelas beliau songkok pula dari Johor, Butang baju Melayu – Pahang, Baju Melayu – Kuala Lumpur dan capal Jago dari Kepala Batas.

Mengulas lanjut mengenai belanjawan, kata Anwar kerajaan sebenarnya mendukung peranan perusahaan sosial yang membantu rakyat, terutama golongan rentan diakar umbi bagi menambah pendapatan.

Beiau berkata ia selaras dengan strategi RMK13 untuk memperkukuh daya tahan pemain Sektor Ketiga iaitu Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh permohonan pengecualian cukai pendapatan perusahaan sosial sehingga 2028.

“RM120 juta disediakan sebagai geran padanan untuk yayasan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berganding bahu dengan Kerajaan dalam
menangani isu-isu rakyat seperti menangani keperitan golongan miskin bandar, mengatasi gelandangan di bandar dan membina keupayaan bekas penghuni rumah perlindungan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berdikari.

MEMUPUK BUDAYA PERNIAGAAN

Beliau berkata Bank Simpanan Nasional (BSN) BSN berjaya memupuk budaya perniagaan tanpa tunai dalam kalangan penjaja kecil di Pulau Tioman dan Kabong, Sarawak, selain menganjurkan latihan usahawan kepada Komuniti Tenun Songket Penjara Marang, Terengganu.

Beliau berkata sebanyak RM50 juta
disediakan kepada BSN, antaranya untuk menyediakan geran perniagaan sehingga RM10,000 kepada 1,000 usahawan mikro berpotensi sebagai modal membeli peralatan perniagaan.

Selain itu juga menyediakan khemah penjaja, peranti “sound box” dan sistem QR kepada peniaga pasar malam di Pangkor, Perak dan Kuala
Tahan, Pahang.

Juga menganjurkan program bimbingan keusahawanan kepada
Penjara Penor, Pahang dan Penjara Taiping, Perak.

Malah juga menganjurkan program pembangunan usahawan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk
melatih mahasiswa yang mahu menceburi bidang perniagaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *