
Oleh: Sholina Osman
11 OKT. 2025
Rokok naik 2 sen per batang kerana kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “cigar”, “cheroots” dan “cigarllos” pula naik RM40 sekilogram.
Beliau berkata produk “heated tobacco” naik RM20 per kilogram kandungan tembakau.
“Semua ini dilaksanakan bagi memastikan Agenda Nasional Malaysia Sihat diperkasa,” kata beliau semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
PENGECUALIAN DUTI IMPORT
Anwar berkata pada masa yang sama, Kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk “nicotine mist” dan “nicotine lozenges” sehingga 31 Disember 2027.
Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan
menggalakkan gaya hidup lebih sihat, Kerajaan bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras
dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.
“Hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya untuk
Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung,” katanya. – JM
