

Oleh: Sholina Osman
11 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meninjau sendiri pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di kedai runcit Baling, Kedah serta melihat sendiri produk tempatan seperti Kopi Cap Gantang dan Kicap Lembu Berlaga menyarankan diperluaskan produk ini supaya boleh dibeli melalui program ini.
Beliau berkata sekaligus lebih banyak kedai runcit kecil di pedesaan dan kedai koperasi boleh dilibatkan serta lebih banyak barang tempatan disenaraikan.
Sempena dengan pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, beliau juga mengumumkan kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah
(SARA) yang memanfaat hampir 9 juta penerima.
SEHINGGA FASA 3
Anwar berkata bagi STR, bayaran
sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai RM6 bilion.
“Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India,
Bayaran STR Fasa 4 2025, yang dijadualkan untuk bulan November
dan bernilai RM2 bilion, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober,” kata beliau.
“Alhamdulillah SARA bulanan diterima baik rakyat dengan kadar penggunaan mencecah 98 peratus,” tambah beliau.
Jelas Perdana Menteri ia kaedah
bersasar yang memastikan SARA diguna untuk membeli barangan asas seperti makanan, ubat dan alat sekolah.
MEMBANTU 8,400 PREMIS
Beliau berkata SARA juga membantu 8,400 premis termasuk 2,000 kedai
runcit kecil.
“Sukacita diumumkan, bagi tahun 2026, semua 9 juta penerima
STR turut menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun,” tambah beliau.
Manakala, 1 juta penerima STR di bawah e-Kasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
Kategori bujang menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA.
“Kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600 iaitu pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak menerima STR RM2, 200 dan SARA RM 2, 400,” katanya.
RAKYAT 18 TAHUN
Pada 31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat RM100
Penghargaan SARA.
“Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang
Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah,” kata beliau.
“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi
RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas,” kata beliau.
Beliau berkata ia akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina. – JM
