





Wartawan JM
12 OKT. 2025
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Selaku penaung bagi Kempen Tabung Pahlawan, Dr Wan Azisah menzahirkan terima kasih diatas sumbangan korporat daripada pelbagai syarikat seperti LTAT, PETRONAS, MBSB Bank, Affin Bank, Affin Islamic Bank, Destini Prima Sdn. Bhd..
Beliau juga menyaksikan pertukaran Nota Kerjasama antara Yayasan Veteran ATM (YVATM), JHEV ATM, Focus Point Vision Care Group, UNISZA dan Klinik Dr. Zulfikar bagi memperkukuh inisiatif kesihatan dan sosioekonomi veteran ATM.
“Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Turut hadir bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima-Panglima Perkhidmatan; pegawai kanan ATM serta wakil persatuan veteran dan syarikat penyumbang.
Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dengan sokongan Kementerian Pertahanan (MINDEF) ini diadakan bagi memperkukuh usaha kebajikan dan sokongan kepada komuniti veteran ATM di seluruh negara dengan tema “Satu Rakyat, 1 Ringgit, Demi Pahlawanku”. – JM
