KPM ambil serius kes salah laku seksual libatkan murid sekolah di Melaka

Wartawan JM
12 OKT. 2025

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang murid di sebuah sekolah di Melaka.

Kenyataan media KPM memaklumkan bahawa kes ini sedang diambil tindakan oleh pihak polis.

Semua suspek telah ditahan
reman untuk siasatan lanjut.

KPM memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang
berjalan.

TERHADAP SESIAPA SAHAJA

Tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual dan tindakan
tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah.

Semua pentadbir institusi pendidikan diarah untuk mematuhi Garis
Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai dan memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi
pendidikan.

Sementara itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam kenyataan media menjelaskan semua suspek berkaitan kes salah laku seksual yang melibatkan murid di sebuah sekolah di Melaka telah ditahan reman.

Beliau berkata mangsa sedang mendapat rawatan di hospital dan diberi sokongan psikososial.

Jelas beliau tindakan segera diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bagi tujuan siasatan dalaman dan untuk memastikan sokongan psikososial dapat diberi kepada murid-murid di sekolah terlibat.

“Saya berjanji kes ini akan dikendalikan dengan sebaik-baiknya supaya keadilan dapat ditegakkan, ujar beliau lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *