


Wartawan JM
12 OKT. 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan secara berterusan dalam memastikan
langkah pencegahan dan penularan penyakit berjangkit Penyakit Seperti Influenza (ILI) dilaksanakan secara dilaksanakan secara efektif di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan adalah menerusi Surat Pemakluman Berhubung Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan ILI di Institusi Pendidikan KPM sebagai panduan untuk menguruskannya dengan teratur dan berkesan.
“Surat peringatan berhubung pemakluman berkenaan juga telah diedarkan kepada semua institusi pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) pada 6 Okt lepas,” kata beliau dalam kenyataan media.
MENGEKANG PENULARAN JANGKITAN
Beliau berkata bagi mengekang penularan jangkitan, pihak institusi pendidikan diminta warganya yang bergejala untuk segera mendapatkan
rawatan.
“Murid yang tinggal di asrama dan bergejala perlu diasingkan di bilik sakit,” kata beliau.
Selain itu katanya ibu bapa/penjaga perlu segera dihubungi untuk menjemput murid pulang atau pihak institusi pendidikan membawa murid ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan dengan kebenaran ibu bapa/panjaga.
BERGEJALA UNTUK BEREHAT
Juga katanya menasihatkan murid yang bergejala untuk berehat di asrama/rumah dan mengelak dari berada di tempat sesak.
“Warga institusi pendidikan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka apabila berjumpa orang lain atau ketika berada di tempat awam,” katanya.
Pentingnya mewujudlan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan dalam kalangan warga institusi pendidikan.
“Beri kefahaman kepada ibu bapa/penjaga mengenai peranan
mereka dalam mencegah penularan ILI di institusi pendidikan dan
untuk peka terhadap keadaan kesihatan anak/anak jagaan mereka,” tambah beliau. – JM
