Fahmi hadir program KIS di SK Sindumin, Sipitang

Wartawan JM
15 OKT. 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir ke Program Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sindumin, Sipitang hari ini.

Program yang melibatkan penyertaan seramai 90 murid tahap 2 ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Setakat ini, KIS telah dilaksanakan di 22 daripada 29 sekolah di daerah Sipitang sebagai sebahagian usaha kerajaan memperkasa kesedaran mengenai keselamatan dalam talian di peringkat sekolah,” kata MCMC dalam FB.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah; Timbalan Pengarah Urusan (Kawal Selia dan Korporat) MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin; Pegawai Daerah Sipitang Abd. Karim A.M. Zahari dan Guru Besar SK Sindumin Abdul Rasid Penghulu.- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *