PMX solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling, Putrajaya

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling, Putrajaya.

Beliau berkata Khutbah Jumaat bertajuk “Rezeki Halal, Hidup Berkat” mengingatkan kita semua bahawa dalam kesibukan mencari rezeki, janganlah sampai kita kehilangan jiwa keluarga.

“Setiap usaha mencari nafkah wajar disulami dengan iman, kasih sayang dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau menambah Khutbah turut menekankan pentingnya semangat kebersamaan dan amalan berganding bahu dalam masyarakat, agar generasi hari ini terpelihara daripada gejala tidak bermoral yang boleh merosakkan jiwa dan masa depan mereka.

“Semoga setiap langkah dan usaha kita diberkati, dan semoga Malaysia terus subur dengan nilai-nilai MADANI,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *