Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: 102 sekolah di Kuala Lumpur, Selangor laksana PdPR, BDR

Wartawan JM
19 OKT. 2025

Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan bahawa
sebanyak 102 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang
akan diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Bekerja Dari Rumah (BDR)
pada 23 Oktober hingga 29 Oktober 2025 bersempena penganjuran
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Kenyataan media KPM menjelaskan
kebenaran pelaksanaan PdPR dan BDR bagi sekolah-sekolah terlibat
mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang
penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

“Ia bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran murid di semua sekolah terlibat tidak
terjejas,” kata kenyataan itu.

MERUJUK SALURAN RASMI

Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan
untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR.

Pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik serta
semasa penganjuran Sidang ASEAN pada bulan Mei lalu dapat
memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama
aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *