PMX hadir Penutupan Program MADANI Rakyat Melaka di Politeknik Merlimau

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) Melaka di Politeknik Merlimau hari ini

Beliau juga menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam di peringkat negeri dan Persekutuan dalam suasana penuh harmoni dan semangat muafakat.

Dalam ucapan, beliau menegaskan bahawa masih banyak aspek yang perlu terus diberi perhatian demi menjamin kestabilan negara, khususnya dari segi keupayaan pertahanan dan keselamatan jangka panjang.

DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Beliau berkata penambahbaikan dalam bidang pendidikan, pembangunan infrastruktur dan ekonomi tidak akan terhenti, sebaliknya akan terus digerakkan seiring bagi memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Imej dan martabat negara perlu sentiasa dipelihara. Justeru, segala usaha reformasi, penambahbaikan dan pemuliharaan mesti dilaksanakan secara terancang, menyeluruh dan berasaskan strategi yang mampan demi masa depan Malaysia yang lebih kukuh dan sejahtera,” kata beliau.

Anwar juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan turut menjayakan Program MADANI Rakyat (PMR) Melaka.

Beliau berharap penganjuran majlis ini membawa manfaat yang sebenar kepada rakyat serta terus memperkukuh semangat perpaduan dan kesejahteraan bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *