ASEAN Friendship Concert 2025 meraikan semangat kesatuan yang menyatukan keluarga besar ASEAN – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri.

Beliau menyifatkan ia sebagai persembahan seni yang memukau, bertenaga selain meraikan semangat kesatuan yang menyatukan keluarga besar ASEAN yang rencam budaya, warisan dan semangat kekitaan yang tegap.

Beliau menjelaskan dengan bertemakan “Melodies of Unity, Rhythms of Friendship”, ia mencerminkan nadi dan semangat ASEAN bahawa meski berbeda bahasa dan budaya.

MEMPERTAHANKAN PRINSIP HIDUP

“Kita tetap teguh mempertahankan prinsip hidup berdamping (coexistence) dan kerukunan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata persembahan istimewa Aisha Retno bersama barisan artis dari negara anggota membuktikan muzik dan seni adalah bahasa yang melangkaui batas politik dan geografi selain mempersatu kita semua.

Justeru itu kata beliau dengan Malaysia di kerusi kepemimpinan ASEAN pada tahun ini bertekad bahawa kerjasama serantau ini akan terus diperhebat agar keluarga besar ini akan terus pesat membangun, teguh berpaut pada nilai kebersamaan, keadilan dan saling menghormati.

“Semoga semangat yang dizahirkan malam tadi terus menyemarak usaha kita dalam menjamin rantau ini yang tidak hanya untuk terus aman, makmur tetapi kental mengakar pada budaya dan nilai serantau,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *