Kerajaan terus beri komitmen perkasa PKS – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 OKT. 2025

Kerajaan terus memberi komitmen memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini penting bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasinya untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini,l.

Di samping kata Anwar ia bagi memastikan perusahaan tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.

LEBIH BERDAYA SAING

“Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dan harus diingat bahawa haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk terus berjaya,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau berucap pada Persidangan GOTRADE 2025 di Kuala Lumpur malam ini.

Justeru, kata Anwar jangan kita alpa kerana transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan lagi satu kemewahan.

Tetapi kata beliau ia tetap menjadi keperluan utama yang akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *