YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MAQIS DAN VETERINAR

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) di Istana Negara, hari ini (22 Oktober).

Jabatan Perkhidmatan Veterinar diwakili Datuk Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Haron, Pemangku Ketua Pengarah (DVS), manakala MAQIS diwakili Tuan Shamsul Akhbar Sulaiman, Ketua Pengarah.

Turut hadir, Puan Siti Nur Ahmad, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Penguatkuasaan MAQIS.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *