PMX sempurnakan majlis PNB Knowledge Forum 2025

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan majlis PNB Knowledge Forum 2025, bertemakan “Transformation” (Transformasi), forum ini menghimpunkan tokoh-tokoh ekonomi dan pemimpin korporat bagi membincangkan fenomena global yang sedang menggegarkan landskap ekonomi dunia.

Beliau berkata hakikatnya transformasi menyeluruh mesti bukan sekadar dimulakan, tetapi dihidupkan dan digiatkan tatkala dunia kini berdepan kemajuan teknologi yang begitu pesat serta ketidaktentuan geopolitik yang semakin meruncing dan menjejaskan kesejahteraan sejagat.

“Melalui inisiatif seperti Program GEAR-uP, Sekolah Angkat MADANI, dan Kampung Angkat MADANI, GLIC telah menggerakkan agenda transformasi yang bukan sahaja memacu ekonomi bernilai tinggi, tetapi turut mempertinggi taraf hidup rakyat di seluruh pelosok negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

CITA-CITA TRANSFORMASI

Jelas Anwar namun sebesar mana pun cita-cita transformasi ini, ia tidak akan bermakna andai tidak diiringi dengan reformasi tatakelola yang berani.

“Insya-Allah, selagi Kerajaan MADANI diberi amanah memimpin, kami akan terus menegakkan keadilan, memperkukuh tatakelola, dan memastikan reformasi bukan sekadar retorik tetapi tindakan nyata, demi maslahat rakyat dan kemakmuran sejagat,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *