Raja Muda Perlis sertai program ‘Janda Baik Trail 2.0 : Nature Getaway’

Oleh: Sholina Osman
21 OKT. 2025

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai program ‘Janda Baik Trail 2.0 : Nature Getaway’ yang berlangsung di Resort fifty4ferns by MK54, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Keberangkatan tiba Baginda di sambut oleh pemilik fifty4ferns by MK54, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Turut mengiringi Baginda adalah Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

BERKONSEPKAN REKREASI ALAM

Program yang berkonsepkan rekreasi alam semula jadi merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran ‘Janda Baik Trail 1.0’ pada tahun 2017 dahulu, yang terus menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan dan gaya hidup sihat dalam suasana keindahan alam semula jadi, termasuk juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim para peserta.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuklah aktiviti ‘brisk walk’ sambil melaksanakan ‘Nature Trails’, ‘Winding Down Session’, ‘Best Tribe Challenge’, ‘Chow and Shindiq By The Pool’ serta ‘TTG Got Talent Challenge’, yang menyerlahkan semangat kerjasama dan kreativiti para peserta.

MENANAM ANAK POKOK

Tuanku Raja Muda Perlis berkenan bersama-sama Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis untuk menanam anak pokok durian ‘Tupai King’ di puncak tertinggi resort berkenaan sebagai simbolik keberangkatan Baginda ke lokasi tersebut.

Dalam majlis berkenaan juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori aktiviti yang dipertandingkan.

Resort fifty4ferns by MK54 merupakan sebuah tempat penginapan berkonsepkan rumah chalet yang terletak dalam kawasan perhutanan yang sangat cantik, diubah suai menjadi menarik sebagai sebuah destinasi untuk bercuti dan juga membuat aktiviti “team building” di mana terdapat pelbagai fasiliti bersesuain dengan suasana flora dan fauna.

Maklumat lanjut tentang resort ini boleh dilihat di media sosial Instagram dan Facebook “fifty4ferns”.

LAMAN SESAWANG PENGINAPAN

Tempahan bilik juga boleh dibuat melalui laman sesawang penginapan seperti tripadvisor.com, traveloka.com dan booking.com.

Tambah istimewa program ini ialah para peserta dibekalkan dengan topi dan t-shirt berwarna merah jambu mengambil sempena “Pink October 2025” yang merujuk kepada kempen kesedaran global bagi kanser payudara yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam, menggalakkan saringan awal, dan memberi sokongan kepada pesakit serta mereka yang telah sembuh dari penyakit kanser payudara.

Kempen ini sering kali melibatkan pelbagai acara seperti forum, pemeriksaan percuma, dan aktiviti larian atau jalan kaki. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *