PMX, Tetamu Pengerusi saksi detik bersejarah Timor-Leste secara rasmi anggota ASEAN

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama para pemimpin ASEAN dan Tetamu Pengerusi menyaksikan detik bersejarah tatkala Timor-Leste diterima dan diangkat secara rasmi sebagai anggota ke-11 ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini.

Beliau berkata detik bersejarah ini ternyata merangkul semangat kebersamaan dan peluasan keluarga besar ASEAN yang majmuk dan rencam budaya atas semangat kecintaan dan perpaduan yang utuh.

“Ia bukan sekadar peristiwa diplomatik, tetapi manifestasi kekuatan perpaduan dan tekad bersama untuk terus membina rantau yang aman, makmur dan berdaya saing,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata ia tentunya membuka jaringan yang lebih luas buat negara anggota baharu Timor-Leste untuk menyemarak kemakmuran, dan ia bukan lagi sekadar satu babak dalam sejarah diplomasi rantau ini, tetapi turut menjadi antara pencapaian terbesar ASEAN setakat ini.

Tahniah Timor-Leste! – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *