ATIGA cerminkan tekad negara anggota ASEAN perkasa daya saing ekonomi – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 OKT. 2025

Pindaan Pindaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) bukan sekadar memperkukuh perdagangan lantas mencerminkan tekad bersama negara anggota untuk memperkasa keterhubungan, ketahanan dan daya saing ekonomi ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini turut menzahirkan semangat ASEAN yang komited terhadap sistem perdagangan terbuka, berasaskan peraturan dan berpandangan ke hadapan.

“ASEAN telah melakar satu lagi detik bersejarah dengan penyerahan Protokol Kedua bagi ATIGA semasa sesi pembukaan ASEAN Plenary,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu sewaktu pembukaan ASEAN Plenary Perdana Menteri menegaskan langkah ini memperkukuh integrasi ekonomi serantau, pada saat dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan peningkatan fragmentasi geoekonomi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *